salam Pictures, Images and Photos

Sunday, December 18, 2011

MANUSIA

Bahagian-bahagian tubuh manusia




HAIWAN


Nama-nama haiwan



Kucing

Semut
Ular
Gajah                                            






















Cara pergerakan haiwan
Berlari


Melompat

Merangkak
  






















Terbang

Merayap


          
Menyusur
      

Saturday, December 17, 2011

BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP



Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman. Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup juga melalui proses tumbesaran.


Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup. Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup  tidak bernafas, tidak bergerak dan tidak membiak.Benda bukan hidup juga tidak melalui proses tumbesaran



Benda hidup




Benda bukan hidup




Ciri benda hidup


Membiak
Bernafas
     

Perlukan makanan


Bergerak








Perlukan air



AlQuran dan asal penciptaan alam semesta



Assalaamu’alaikum w.b.t..

Berikut adalah artikel yang bertajuk ‘The Noble Quran on the Origin of the Universe’

Sains tentang Kosmologi moden , pemerhatian dan teori, dengan jelasnya menandakan bahawa pada suatu masa dahulu, seluruh alam ini tiada melainkan segumpal asap (seperti yang legap sangat tebal dan komposisi gas panas). [1] Ini adalah satu prinsip kosmologi moden standard yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Para saintis masa kini boleh memerhatikan pembentukan bintang baru dari bekas-bekas asap itu. (lihat gambar 10 dan 11).
[ch1-1-c-img1.jpg]
Gambarajah 10 : Bintang baru terbentuk dari segumpal awan gas dan debu (nebula), yang mana adalah salah satu dari bekas-bekas asap asal yang membentuk alam semesta. (The Space Atlas, Heather and Henbest, p. 50.)
[ch1-1-c-img2.jpg]
BIntang-bintang yang berkerlipan yang kita lihat di waktu malam , sama seperti seluruh cakerawala, dalam bahan asap itu. Allah telah berfirman dalam AlQuran;
“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap ……” Surah Fusshilat : Ayat 11
Kerana Bumi dan langit di atas (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi, dsbnya..) telah dibina dari ‘asap’ yang sama , kami membuat kesimpulan bahawa Bumi dan langit pernah menjadi satu entiti yang berhubungan. Kemudian luar dari asap yang sama jenis ini mereka telah terbentuk dan terpisah antara satu sama lain. Allah berfirman lagi dalam AlQuran;
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 30
Dr. Alfred Kroner ialah seorang dari ahli geologi terkenal dunia. Dia ialah seorang professor geologi dan juga Pengerusi Jabatan Geologi di Institut Geosains di Universiti Johannes Gutenberg, Mainz, Jerman. Dia berkata, “Memikirkan dari mana Muhammad datang …… Saya rasa adalah mustahil bahawa dia boleh mengetahui sesuatu seperti asal kejadian alam semesta. Kerana saintis hanya mengetahui perkara ini beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kaedah teknologi yang maju dan komplikated. [2] Juga dia berkata, “seseorang yang tidak tahu tentang fizik nuklear 1400 tahun yang lalu tidak boleh, saya rasa, berada dalam keadaan mengetahuinya dari pemikirannya sendiri, sebagai contoh, Bumi dan langit mempunyai asal yang sama.

Gagak, Haiwan Yang Bijak Menurut Al-Quran dan Sains?


frames
Burung Gagak

Burung umumnya tidak dianggap haiwan yang bijak. cuba anda baca dan fahami sebuah ayat dari Al-Quran yang melibatkan burung. Berikut adalah petikan ayat tersebut:
"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia orang-orang yang rugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)

Ini memberi petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. hal ini berkait dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjukkan burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia terasa "direndahkan" oleh solusi yang ditemui oleh gagak untuk beberapa masalah kritis mereka.

Majalah American Scientific memperlihatkan hasil penelitian para ilmuwan, Bernd Heinrich dan Thomas Bugnyar - Vermont University, Canada dan St Andrews University, Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak. "Burung ini menggunakan logika untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuan mereka bahkan melampaui dari monyet." kata mereka.

Dalam percubaan ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang mereka belum pernah dapati sebelumnya dan naluri mereka tidak diprogram untuk melakukannya secara semulajadi. namun mereka selalu berjaya mencari kreativiti dan solusi logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut. Yang lebih mengejutkan lagi, mereka melakukannya dengan pertama kali, setiap kali, tanpa proses trial and error pun!

Beberapa percubaan menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh membuat binatang lain bekerja untuk mereka. membuat haiwan lain mencarika makanan untuk mereka atau mempermudahkan mereka.

Bukti lain kecerdasan yang tinggi dari Gagak adalah mereka boleh beradaptasi dengan daerah yang sangat berbeza, iaitu dari padang pasir ke pegunungan. Mereka belajar untuk menemui makanan bahkan dalam keadaan paling sukar, dan mereka tahu bagaimana dan bila harus menggunakan haiwan lain untuk membantu mereka mendapatkan makanan yang mereka tidak bole mendapatkannya sendiri.

Ketika para peneliti melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para peneliti bertanya-tanya apa tujuan semua kepandaian ini berfungsi, kerana burung-burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan kepandaian jauh lebih sedikit? mungkinkah gagak memiliki tujuan yang lebih tinggi di dunia daripada kehidupan burung yang sederhana?